Lobster di Warung Lobster tepi pantai Sungai Rengit, Pengerang tak mengecewakan. - Kisah Aku Dan Mereka

Lobster di Warung Lobster tepi pantai Sungai Rengit, Pengerang tak mengecewakan.


Lobster di Warung Lobster tepi pantai Sungai Rengit, Pengerang tak mengecewakan.

Sekali sekala berkunjung ke tempat orang pasti tak nak terlepas dari merasai keunikan dan keistimewaan di tempat tersebut. Hampir seminggu Nurul berkampung di Pengerang iaitu sekitar Sungai Rengit kerana mengikut husband yang ada urusan kerja membuatkan Nurul teruja. Apa tidaknya, walaupun pertama kali datang ke Pengerang Nurul tak sabar nak rasai sesuatu yang istimewa di Sungai Rengit iaitu Lobster. Sedia maklum bahawa lobster bukanlah mudah didapati di merata tempat. Jika ada pun, harganya pasti melambung tinggi. Kesempatan berada di "kawasan lobster" memberi peluang untuk Nurul mencuba lobster Sungai Rengit.

Papan tanda pada waktu malam

 Pada hari ke-3 berada di Pengerang, Nurul baru berkesempatan merasai lobster. Apa tidaknya, lambakan restoran yang menjual menu berasaskan lobster di sekitar Sungai Rengit kebanyakkan restoran Cina. Sebagai seorang Muslim wajib bagi kita mencari kedai Muslim dan kedai yang tak meragukan. Memang agak sukar mencari kedai lobster Melayu namun ia tidak mematahkan semangat Nurul untuk mencari kedai yang halalan toyyiban.

 Pencarian Nurul membuahkan hasil setelah puas mencari dari pelbagai sumber yang ada kerana akhirnya Nurul menemui sebuah kedai makan Melayu yang turut menawarkan menu berasaskan lobster iaitu Warung Lobster. Warung Lobster merupakan satu-satunya kedai Melayu yang turut bersaing di sekitar Sungai Rengit.



Lobster dalam akuarium
Lokasinya tidak sukar untuk ditemui kerana ia betul-betul berada di sebelah jalan utama iaitu ditepi laut. Jika ternampak sign board ke Sungai Rengit di sebelah kanan, jalan terus dan dalam 10 atau 15 minit pasti akan nampak sign board Warung Lobster. Beroperasi dari jam 12.30 tengahari sehingga 11.30 malam dan akan tutup pada setiap hari isnin minggu kedua setiap bulan memberi kesempatan kepada Nurul untuk merasai lobster yang diidamkan.


Iyer la, Nurul ke Pengerang pun asbab mengikut husband  bekerja sambil mencari pengalaman ditempat orang jadi diwaktu siang memang tak dapat nak pergi. Nurul dapat berkunjung pada waktu malam. Bila malam tak dapat la nak ambil gambar pemandangan laut sambil menikmati lobster kan.


Pilih dan timbang
Dikedai ini, harga lobster adalah mengikut berat. Mungkin sama juga seperti dikedai lain tapi disini kita boleh memilih sendiri saiz lobster yang kita nak kerana lobster yang ada dikedai ini masih hidup dan aktif berenang didalam aquarium. Dah pilih saiz, pembantu kedai akan sauk dan timbang. Kalau nak mencuba elok ambik saiz kecil je. Kalau poket tebal ambil la yang paling besar. Tak gitu.ehe

Masa Nurul pergi, harga untuk sekilo lobster adalah RM 190. Lobster yang Nurul pilih ni pun dah mencecah berat dua ratus gram ke atas. Harga? Masih bawah RM 50 untuk seekor lobster. Aci la kan kalau baru nak try,  yang pasti lobster Sungai Rengit paling murah dari tempat lain. Malam tu Nurul memilih menu lobster masak telur masin kerana itu adalah menu utama pilihan pelanggan Warung Lobster selain lobster masak butter.





Lobster masak telur masin
 Jika nak merasai menu lain seperti tomyam, sup, western serta menu bergoreng yang lain, Warung Lobster juga menyediakan menu tersebut mengikut citarasa yang diingini. Apa tunggu lagi? Kalau sampai ke Pengerang wajib cuba tau.

1 comment: