Hari Terbuka Armada 2019 terbaik - Kisah Aku Dan Mereka

Hari Terbuka Armada 2019 terbaik

Hari Terbuka Armada 2019 terbaik.

Pertama kali dapat join Hari Terbuka Armada 2019 di Tanjung Gelang sempena Sambutan Hari ATM 2019. Masa mula-mula nampak poster ni orang share dalam group wasap dah berangan nak pergi bawa anak-anak sebab si sulung suka sangat tengok bot, kapal semua tu. Alhamdulillah kali ini berkesempatan join. Tahun lepas   masa  tak mengizinkan. Orang awam boleh datang seawal jam 9 pagi. Kami sampai sekitar jam 10 pagi. Masa ni orang belum ramai. Kami sempat rasai pengalaman hampir kesemua ruang yang disediakan untuk orang awam.


Antara kapal yang boleh dilawati

Lepas parking  kereta di kawasan padang kami terus menuju ke sebuah helikopter yang dipamerkan di atas padang kawad. Orang awam boleh rasai pengalaman masuk dan bergambar kenangan. Anak-anak memang excited sebab selama ini mereka cuma tengok dari bawah je tapi kali ini dapat masuk dan bergambar. Memang teruja anak-anak.


Lepas tu kami bergerak ke laluan yang ada disediakan gerai jualan. Banyak gerai menjual baju dan seluar bertemakan ATM. Gerai jualan tu berada bertentangan dengan laut. Semestinya banyak kapal TLDM dipamerkan dan dibuka untuk orang awam masuk dan meneroka bahagian dalam kapal. Satu sudut yang menarik perhatian Nurul adalah apabila pihak penganjur memberi peluang kepada orang awam untuk merasai pengalaman menaiki bot laju TLDM. Dengan bayaran RM 8 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak- kanak, sememangnya berbaloi.


Disebabkan kami malas lagi nak beratur panjang untuk menaiki bot, kami memilih untuk pergi ke tempat yang belum ramai orang. Kami memilih untuk ke kapal TLDM KD TERENGGANU yang terletak paling hujung. Cuaca sangat baik hari tu, mendung je. Jadi anak-anak seronok dapat berjalan sendiri. Dari KD TERENGGANU, kami ke kapal di hadapan pula. Segenap ruang dalam kapal kami masuk dan panjat. Memang tak lepaskan peluang. Anak-anak sangat excited . Kalau nak rasai semua yang Ada, memang wajib berseluar dari memakai kain. Kalau pakai kain hanya mampu tengok dari luar je lah kan.


Masa turun dari kapal kedua dan ketiga, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan pasukan khas TLDM yang menutup keseluruhan muka. Hati-hati juga masa nak bergambar sebab tak semua budak-budak suka dengan mereka termasuk la anak-anak Nurul. Masing-masing ketakutan. Iyer la, nampak mata je sebab berpakaian semua hitam. Tapi gambar memang cun sebab berlatar belakangkan kapal TLDM.

Bergambar bersama pasukan khas

Truck ATM juga menarik perhatian pengunjung. Kita boleh lihat truck yang ada senjata peperangan. Bergambar kenangan wajib sebelum bergerak ke bahagian lain. KD LEKIU antara kapal TLDM yang besar. Kapal akhir kami naik sebelum beratur untuk naik bot laju TLDM. Masa tu jam menunjukkan pukul 11 lebih. Sepatutnya hari dah panas tapi cuaca mendung banyak membantu pengunjung bersama anak-anak kecil.


Masa sampai ke kaunter tiket bot laju TLDM, kaunter jualan tiket telah tutup dan akan dibuka semula pada pukul 1.30 tengahari. Pihak penganjur sedaya upaya  berusaha untuk habiskan saki baki pengunjung yang dah beli tiket dan tengah menunggu giliran bagi sesi pagi. Tapi akibat desakkan pengunjung yang ramai, pihak penganjur sedia menjual tiket awal dan operasi sesi petang akan bermula pukul 1.45 tengahari. Nurul sangat kagum dengan sikap anggota TLDM yang sedaya upaya memenuhi kehendak pengunjung. Walaupun mereka dah letih dan hampir ke waktu rehat mereka tapi demi pengunjung yang berharap, mereka langsung tidak berkasar apatah lagi menarik muka masam. Senyuman dan kesediaan untuk mengembirakan pengunjung masih jelas diraut wajah mereka.





Ketika menaiki bot laju TLDM
Rezeki anak-anak juga, waktu kami beli tiket bagi sesi petang ada kekosongan tempat untuk sesi pagi. Jadi kami diberi peluang untuk naik bot bagi trip last untuk sesi pagi. Kami tak perlu la tunggu sampai pukul 1.45 untuk sesi petang. Mujur juga, sebab lepas dari itu kami nak ke safari park pula. Jarang-jarang sekali berjanji dengan anak-anak untuk bawa berjalan. Jadi sekali dah rancang memang pergi ke banyak tempat. Jimat masa dan penat pun sekali harung je. Hargailah masa berkualiti bersama pasangan dan anak-anak.

No comments